Isnin, 1 Oktober 2012

Lampu Apa Tu Ya...

Akhirnya, video pembelajaran yang dinantikan sudah siap disunting dan dimuat naik ke laman "YouTube"..
Moga memberi manfaat. Selamat menonton!! ^_^


RPH mengikut Model ASSURE..

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                  : Kemahiran Hidup
Tahun                                : 5 Bestari
Tarikh                                : 19 Oktober 2012
Masa                                  : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Bil Murid                            : 20 orang
Bidang                               : 1. Reka Bentuk dan Teknologi
Unit Pembelajaran             : 1.4 Elektrik dan Elektronik
Tajuk Pembelajara            : (b) Penghasilan Projek Elektronik
Pengetahuan Sedia Ada   :  1) Murid telah didedahkan dengan nama, fungsi dan komponen elektrik pada tahun 4.
2) Murid telah membuat projek mentol elektrik pada tahun 4.
Hasil Pembelajaran           : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat ;
1) menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.
2) menggunakan 2 alatan kerja elektronik dengan betul mengikut  fungsi
Penerapan Nilai                 : Keberanian, Berdikari, Kerajinan
Kemahiran Berfikir            : Menghubung kait, membanding beza, mencirikan
Bahan Bantu Mengajar     : 1) Alatan elektonik (Laptop, Kamera, Telefon bimbit)
2) Komponen elektronik (sel kering. LED, perintang, Perintang boleh laras, buzer, dan bongkah penyampung)
3) Alatan tangan (playar muncung tirus, pemutar skru)
                                             4) Persembahan powepoint.
                                             5) Model litar elektronik
                                             6) Papan Putih


RPH MENGIKUT MODEL ASSURE

A - Analyse Learner
Analisis pelajar
Bilangan pelajar - 20 orang
Jantina - lelaki 12 perempuan 8
Kedudukan kelas - Pertama dalam darjah 5
Waktu : 9 - 10 pagi (waktu 4 dan 5)
Tempat : Bengkel Kemahiran Hidup
Pengetahuan sedia ada: Pemebelajaran elektronik di tahun 4
S - State Obejctives
Nyatakan objektif
Pada akhir waktu, pelajar boleh:
1) menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.
2) menggunakan 2 alatan kerja elektronik dengan betul mengikut  fungsi
S - Select Method
Pilih kaedah, media, bahan
Menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid dengan guru sebagai pembimbing.
Menggabungkan media elektronik dan tradisional
Menggunakan model atau benda maujud, bahan bercetak serta elektronik
U - Utilise media and materials
Gunakan media & bahan
1) Alatan elektonik dan komponen elektronik
3) Alatan tangan
4) Persembahan powepoint.
5) Model litar elektronik
6) Papan Putih
R - Require learner response/ participation
Dorong penglibatan pelajar
Soal-jawab secara lisan.
Murid menggunakan alatan tangan
Membimbing murid membuat kerja amali

E - Evaluate and revise materials
Nilai & semak
Soalan secara lisan.
Kuiz secara berkumpulan
Edaran lembaran kerja.
Murid dibimbing sehingga boleh menggunakan alatan tangan dengan betul


Fasa Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi (10 minit)

Pengenalan kepada peralatan elektronik pada zaman semasa.

1)     Guru menerangkan perbezaan antara barang elektrik dan elektronik.
2)     Murid menyatakan pelbagai jenis alatan elektronik yang pernah digunakan.
Nilai: rasional
KB: Menghubung kait, membanding beza
BBM: Kamera, Telefon bimbit, Laptop
Langkah 1 (15 minit)

Pengenalan kepada komponen elektronik dan alatan kerja.
1) LED
2) Perintang
3) Testpan
4) Playar mucung tirus
1)     Murid diminta untuk duduk secara berpasangan.
2)     Murid akan diberi satu LED dan perintang setiap dua orang untuk ditatapi oleh murid serta satu helaian lembaran kerja.
3)     Guru menerangkan mengenai nama, fungsi dan simbol komponen elektronik menggunakan powerpoint dan murid menyalin nota.
4)     Murid diminta untuk menulis nama, fungsi dan simbol peralatan elektronik di pada lembaran kerja yang diberi.
5)     Guru menerangkan mengenai nama dan fungsi alatan kerja elektronik yang digunakan.
Nilai: Berdikari
KB: mencirikan
BBM:
1) Persembahan powerpoint,
2) Lembaran kerja
3) Komponen elektronik sebenar (LED, perintang, perintang boleh laras)
4) Alatan kerja (playar muncung tirus, pemutar skru)
Langkah 2 (20 minit)

Tunjuk ajar penggunaan alatan tangan dan pemasangan komponen
1) LED
2) Playar muncung tirus
3) Testpan
4) Bongkah penyambung
1)     Murid dibahgikan kepada dua kumpulan/
2)     Guru menunjukkan cara menggunakan alatan tangan dengan betul. Contoh : Membengkokkkan kaki LED, memutar skru untukmenyambung
3)     Guru menunjukkan cara memasang LED pada bongkah penyambung
4)     Dua orang murid dipilih untuk cuba memasangkan komponen elektonik pada bongkah penyambung dengan betul.
Nilai: Kerjasama, Berdikar, Berani
KB: membanding beza
BBM:
1) alatan kerja,
2) komponen elektronik 3) model litar elektronik lengkap
Penutup (15 minit)

Refleksi murid dan
rumusan pembelajaran
1) Penjelasan di papan putih
1)     Guru meminta murid untuk mengenalpasti semula simbol dan kegunaan komponen elektronik pada litar skematik di papan putih
2)     Guru memilih 2 orang murid untuk bertanya tentang apa yang dipelajarinya hari ini.
3)     Murid diterangkan kaitan litar elektronik dengan kehidupan seharian, sejauh mana pentingnya kegunaan alatan elektonik berbanding pada zaman dahulu.
Nilai: Rasional, kasih sayang
KB: Menghubung kait, membuat kesimpulan
BBM: Papan putih

Refleksi isi utama pengajaran : ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Sabtu, 29 September 2012

Pengenalan Komponen Elektronik..

Di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 (bidang Reka Bentuk Teknologi), terdapat satu unit pembelajaran mengenai Elektrik dan Elektronik. Terdapat banyak komponen elektronik sedia ada yang telah banyak membantu kehidupan seharian kita. 

Untuk kali ini, saya akan memperkenalkan 3 komponen elektronik yang utama dalam litar iaitu diod pemancar cahaya (LED), perintang  boleh laras dan buzer. Sila rujuk nota di bawah untuk mengenali komponen-komponen ini lebih lanjut. ^_^

 1. DIOD PEMANCAR CAHAYA

2. PERINTANG BOLEH LARAS

3. BUZER

Itulah dia tiga komponen asas yang ingin diperkenalkan pada kali ini. Ke tiga-tiga komponen ini turut digunakan dalam video pembelajaran yang telah dirakam. Diharapkan dengan input yang sedikit ini akan memberi manfaat yang berguna kepada pembaca..

Jumaat, 28 September 2012

Di sebalik tadbir...






Sedikit sebanyak sedutan daripada penggambaran klip video pembelajaran bertajuk "LAMPU APE TU YE??". Klip video masih di dalam proses penyuntingan. Nantikan kemunculannya...

Bermulanya di sini...

Inilah dia soalan tugasan yang telah kami sekumpulan terima untuk tugasan EDU 3105 ini.. Tempoh pelaksanaan tugasan ini adalah selama sebulan. Kami dalam proses pencarian maklumat dan sesi penggambaran video pengajaran. Untuk subjek major, kami telah memilih tajuk Pengenalan Elektronik tahun 5 untuk dihasilkan tapak pembelajaran yang interaktif dan selaras dengan perkembangan teknologi. Semoga tugasan ini dapat dilakukan dengan jayanya..